Penerangan
GEBENG, 14 Oktober 2024 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang bersama Petronas Chemicals MTBE Sdn. Bhd. dan Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) telah menganjurkan Latihan Pengurusan Bencana Disaster Management Exercise (DMEX) Gebeng Emergency MTBE PDH Exercise (GEMPEX) 11 Tahun 2024. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng juga turut dijemput untuk menyertai latihan tersebut.
Latihan ini bertujuan untuk menguji dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta gerak kerja koordinasi yang lebih baik antara agensi dalam menghadapi situasi bencana di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya bencana berlaku.
Antara agensi yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Meteorologi (METMalaysia), Jabatan Penerangan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).