Penerangan
KUANTAN, 11 Oktober 2024 - Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Gebeng telah menjalankan satu lawatan tapak EIA ke tapak cadangan projek di Daerah Kuantan, Pahang yang dihadiri oleh pemaju projek.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.