PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan,Kes-kes Alam Sekitar

SIASATAN KES KEJADIAN LORI SAWIT TERBALIK BERHAMPIRAN PONDOK PENGAWAL KOSMA, BANDAR TUN RAZAK, ROMPIN

aminuddin 18/11/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES KEJADIAN LORI SAWIT TERBALIK BERHAMPIRAN PONDOK PENGAWAL KOSMA, BANDAR TUN RAZAK, ROMPIN
Tahun
2024
Lokasi
ROMPIN

Penerangan

ROMPIN, 2 Oktober 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Rompin telah menjalankan siasatan susulan insiden lori minyak sawit terbalik semasa melalui jalan Ladang Gajah Jinak, berhampiran Pondok Pengawal KOSMA, Bandar Tun Razak, Rompin. Hasil siasatan mendapati lori berkenaan yang membawa muatan minyak sawit mentah telah mengalami kemalangan dan terbalik di kawasan ladang tersebut. Tindakan pembersihan tumpahan minyak telah dijalankan oleh pihak pengangkutan dan syarikat pemilik minyak sawit mentah berkenaan di lokasi kejadian. JAS Cawangan Rompin turut memeriksa bahagian hilir sungai lokasi kejadian dan mendapati tiada kesan minyak sawit mengalir ke kawasan hilir sungai iaitu di Sungai Makung. Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada loji rawatan air terdekat yang terkesan dengan kejadian ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan