PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM LARIAN GAMBUT 6.0 DI KARNIVAL MAKMUR PERINGKAT DAERAH ROMPIN SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2024

JAS PAHANG 18/11/2024 18 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LARIAN GAMBUT 6.0 DI KARNIVAL MAKMUR PERINGKAT DAERAH ROMPIN SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS PAHANG

Penerangan

ROMPIN, 08 September 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menganjurkan Program Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2024 bertemakan "Montreal Protocol: Advancing Climate Action" berlangsung 6-8 september 2024 dan Program Larian Gambut 6.0 di Karnival Makmur Peringkat Daerah Rompin. Program dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mohd Johari Hussain, ADN Tioman dan diiringi oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob, Pengarah JAS Negeri Pahang, DSP Nor Azman Yusof, Ketua Polis Daerah Rompin dan En. Afiq Radzuan, Penolong Pegawai Daerah Rompin bertempat di Pantai Hiburan Rompin, Pahang. Pelbagai program dan aktiviti menarik berlangsung sempena Hari Ozon Sedunia seperti Larian “Gambut Run 6.0”, Pameran Kesedaran Pencegahan Pembakaran Terbuka Tanah Gambut, Pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Sukaneka.