Penerangan
7 November 2024 - JAS W. P. Labuan telah memulakan inisiatif dengan mengadakan mesyuarat bersama dengan jabatan-jabatan kerajaan di W. P. Labuan bagi membincangkan isu-isu berkaitan kefungsian loji rawatan kumbahan (LRK) di WP Labuan dan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Mesyuarat ini dipengerusi oleh Tuan Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah JASWPL dan turut dihadiri oleh YM Raja Baharudin bin Raja Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Perkhidmatan Pembentuangan (JPP), Putrajaya bersama dengan pegawai-pegawai dari JPP Putrajaya.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Putrajaya, pegawai-pegawai dari Indah Water Konsortium (Unit Labuan) dan wakil-wakil dari Jabatan Kerajaan di W.P. Labuan. Mesyuarat telah berlangsung secara _hybrid_ (secara fizikal bagi yang berada di W.P. Labuan dan secara _online_ bagi yang berada di semenanjung).
Sesi perkongsian bertajuk Isu Dan Masalah Serta Perundangan Berkaitan Loji Rawatan Kumbahan (LRK) di W.P. Labuan yang disampaikan oleh PJ Junaidi Bin Alan, dari JASWPL.
Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan halatuju pematuhan LRK milik sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan serta mengumpul data-data lengkap berkaitan loji milik kerajaan yang tertakluk di bawah AKAS, 1974.
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama".