PASIR GUDANG, 5 November 2024 – JAS Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama pihak SPAN dan MBPG bagi pemeriksaan loji kumbahan di sekitar kawasan Pasir Gudang. Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan loji kumbahan beroperasi dengan optimum dan mengamalkan amalan pengurusan terbaik.
Terdapat loji kumbahan yang sedang dalam kerja-kerja menaik taraf di Taman Tanjung Puteri Resort dan beroperasi dengan bekalan elektrik yang minimum. Arahan di lapangan telah dikeluarkan bagi memastikan pihak pengendali loji mengambil langkah kawalan menangani pencemaran bau dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 sepanjang tempoh loji beroperasi.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.