Penerangan
JOHOR BAHRU, 7 November 2024 - Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai bengkel penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Pengerang Deepwater Terminals (PDT) anjuran Pengerang Marine Operation Sdn Bhd bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu Prosedur Tetap yang akan digunakan oleh PDT semasa berlaku sebarang kecemasan. Bengkel ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari beberapa agensi kerajaan terlibat iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLMWS), Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Ibu Pejabat Polis Marin Johor Bahru (Pasukan Polis Marin Wilayah Dua), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan beberapa agensi berkaitan.