Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PROGRAM SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SECARA SERENTAK DI 12 LOKASI TAMAN AWAM

Oleh Arwan · 12/11/2024 · 19 paparan

27 OKTOBER 2024, WP KUALA LUMPUR- Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Jabatan Lanskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju telah diadakan di 12 lokasi Taman Rekreasi Awam di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara serentak. Antara Taman Awam yang terlibat dengan Program Sambutan ini adalah: *Taman Tasik Danau Kota- Lokasi Utama *Taman Tasik Metropolitan Kepong *Taman Tasik Menjalara *Taman Rimba Kiara *Tasik Titiwangsa *Taman Tasik Sri Rampai *Taman Tasik Datuk Keramat *Tasik Ampang Hilir *Taman Botani Perdana *Taman Bukit Jalil *Taman Pudu Ulu Cheras *Taman Tasik Permaisuri Aktiviti seperti Jom kekal sihat-Mari bersenam dan Fun Plogging-Jog For Junk telah diadakan secara serentak di kesemua 12 lokasi ini. Dianggarkan seramai purata 300 orang pengunjung hadir memeriahkan sambutan ini disetiap lokasi taman. JASWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Rakan Strategik, Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, sektor swasta mahupun institusi pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program sambutan HASN 2024 ini. Diharapkan supaya sambutan dan usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya Warga Kuala Lumpur mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menggalakkan penglibatan semua pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Penganjur
JASWPKL
Fail / Media (28)
  • 20241111105050173.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105115338.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105141220.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105158641.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105208087.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105216520.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105227099.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105233884.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105242039.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105250431.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105257948.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105305113.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105313704.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105319536.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105325662.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105331936.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105342126.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105347041.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105352586.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105358424.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105403759.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105410325.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105419243.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105428015.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105435752.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105441642.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105452567.jpeg .jpeg Buka
  • 20241111105458727.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS