Penerangan
06 November 2024 (Rabu) - Pengarah JAS Negeri Perak, YBhg Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, bersama pasukan pegawai penguatkuasa dari JAS Cawangan Taiping, Unit Lesen dan Unit EIA, hari ini melawat sebuah kilang di Parit Buntar, Perak. Premis ini menjalankan operasi pengeluaran proses 'food graded' bagi bahan sampingan untuk penapisan minyak kelapa sawit dan telah beroperasi sejak tahun 1985.
Kehadiran pasukan JAS telah disambut oleh wakil premis tersebut iaitu Encik Ng Chee Keong (General Manager).
Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan susulan kepada arahan Notis yang telah dikeluarkan ke atas premis tersebut bagi pematuhan terhadap kawalan fugitif habuk di bawah Jadual Kedua III(B), Per.13(1), PPKAS (Udara Bersih) 2014.
Hasil lawatan tersebut beberapa arahan lanjut telah diberikan oleh YBhg Dato Pengarah JAS Perak, bagi tujuan meminimumkan impak fugitif habuk kepada penduduk sekitar iaitu seperti berikut:-
1. Pemasangan sistem sprinkler, bagi tujuan melembapkan kawasan dalaman kilang.
2. Menaiktaraf kawasan penstoran / proses / pemindahan sedia ada kepada struktur yang bertutup sepenuhnya.
3. Pemasangan sistem pemantauan kualiti udara secara berterusan.
4. Kawalan fugitif mengikut Guidance Document for Fugitive Emission Control.
5. Mengemukakan cadangan untuk guna semula efluen terolah bagi tujuan sistem sprinkler.
Pemantauan in-situ bagi pelepasan efluen turut dijalankan oleh pasukan JAS di takat pelepasan akhir SPEP kilang tersebut.
Selesai lawatan kilang, YBhg Dato Pengarah dan pasukan JAS turut menjalankan tinjauan ke atas kawasan perumahan berhampiran, termasuk ke atas rumah pengadu.
Seperti hasrat YBhg Dato Pengarah, pihak kilang adalah disarankan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 serta melaksanakan penambahbaikan dari segi kawalan ke atas segala bentuk pencemaran yang berpunca dari operasi harian di premis tersebut.