PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

Program Komuniti Taklimat Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna

maizah 12/11/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Komuniti Taklimat Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak
Lokasi
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak

Penerangan

30 Oktober 2024, Kuala Kangsar – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak telah mengadakan Program Komuniti Taklimat Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dan Kempen Hindari Plastik Sekali Guna di Dewan Serbaguna USAS. Program ini telah dihadiri 500 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Universiti Sultan Azlan Shah. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, Pengarah JAS Perak dan turut disertai pengurusan tertinggi USAS iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor USAS, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel bin Mydin Meera, Timb. Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan USAS, Ybhg. Prof. Madya Dr. Anas bin Md. Yusuf, Timb Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS dan Ybhg. Prof. Madya Dr. Shamsul Jamili bin Yeop, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Industri USAS. Program ini adalah usaha berterusan Jabatan untuk mendedah dan memberi kesedaran kepada pihak komuniti terutamanya warga USAS mengenai kepentingan pencegahan kepada aktiviti pembakaran terbuka, pengurusan sisa-sisa elektrik dan elektronik (E-Waste) secara mampan dan holistik dan memperkasakan kempen hindari plastik sekali guna. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menzahirkan setinggi–tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Sultan Azlan Shah di atas sokongan, komitmen dan kerjasama bagi menjayakan program ini demi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan