PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Sesi Libat Urus

LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERAK DIIRINGI KETUA-KETUA JABATAN AGENSI TEKNIKAL DARI NEGERI PERAK KE PREMIS INDUSTRI KITAR SEMULA KERTAS DI BANTING, SELANGOR

maizah 12/11/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERAK DIIRINGI KETUA-KETUA JABATAN AGENSI TEKNIKAL DARI NEGERI PERAK KE PREMIS INDUSTRI KITAR SEMULA KERTAS DI BANTING, SELANGOR
Organisasi
YAB Menteri Besar Negeri Perak
Lokasi
Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd

Penerangan

29 Oktober 2024 (Selasa) - Suatu lawatan kerja YAB Menteri Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, diiringi Ketua-Ketua Jabatan / Agensi Teknikal dari Negeri Perak telah diadakan pada hari ini ke premis Best Eternity Recycle Technology Sdn Bhd (BERT), sebuah kilang kertas semula kertas (produk wet pulp board & paper packaging) yang beroperasi di Banting, Selangor. Hadir sama ialah YBhg Dato' Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Kehadiran YAB Menteri Besar serta rombongan disambut baik oleh wakil-wakil pihak BERT, diketuai oleh Datuk SK Wong (General Manager BERT). Tujuan lawatan kerja adalah bagi membincangkan aspek perancangan ke arah pelaburan baru BERT bagi peluasan operasi (expansion) syarikat tersebut. Selepas lawatan kerja, aspek-aspek teknikal yang berkaitan turut dibincangkan ke arah merealisasi hasrat syarikat tersebut untuk menjalankan operasi baru di Negeri Perak, dengan sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar yang telah sudi menjemput Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak untuk turut hadir sama dalam lawatan kerja ini. Pihak Jabatan ini berharap kerjasama padu antara pihak Kerajaan Negeri dan pelabur dapat diperkukuhkan ke arah mencapai pembangunan yang selari dengan aspek kelestarian alam untuk Negeri Perak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan