Penerangan
28 Oktober 2024. Syamille Agro Farm & Resort, Kuala Kangsar. JAS Negeri Perak telah dijemput oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar untuk menyampaikan taklimat berkaitan Kelestarian Alam Sekitar - Kesan Pencemaran sempena Kursus Pengenalan Kepada Konsep One Health peringkat Daerah Kuala Kangsar, 2024. Taklimat disampaikan oleh En Harmanisham bin Ishak dan turut bersama En Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias. Peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan dan pegawai dari Bahagian Kesihatan Persekitaran. Topik taklimat merangkumi skop tugas JAS dalam penguatkuasaan AKAS 1974, program pengawasan alam sekeliling, kesan pencemaran udara, air dan pelupusan haram buangan terjadual kepada ekosistem dan kesihatan serta peranan bersama di dalam penjagaan alam sekitar. Selain JAS, kursus turut melibatkan taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Pejabat Kesihatan. Objektif taklimat JAS adalah untuk meningkatkan pemahaman kepentingan bersama dalam penjagaan alam sekitar, peruntukan perundangan terkini kepada pesalah jenayah alam sekitar dan pemahaman bagaimana kes pencemaran alam sekitar memberikan kesan buruk secara berantai khususnya kepada kesihatan manusia. Selain itu, ianya adalah platform latihan berterusan dan mewujudkan jaringan perkongsian maklumat antara JAS dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.