Penerangan
26 Oktober 2024, Manjung - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak berjaya menganjurkan Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 yang telah diadakan di Aeon Mall Seri Manjung yang telah dirasmikan oleh YB Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak bersama-bersama VIP terhormat Wakil OBJ YDH Toh Kelana Perkasa Encik Ismail Bin Haji Balua Orang Besar 32 Perak, YB Azman Bin Noh, Adun Pengkalan Baharu, Tuan Shamsul Ridzuan Bin Idris, Pegawai Daerah Manjung dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak YBhg Dato’ Ts. Dr. Haji Mohammad Ezanni bin Mat Salleh.
Senarai Program/Aktiviti HASN 2024:
1. Pertandingan Mewarna Kelestarian Alam
2. Pertandingan Pengumpulan Sisa Elektrik&Elektronik (E-waste) kategori Sek Rendah, Menengah, IPTA/IPTS
3. Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) SESI 2023/2024
4. Pertandingan Pidato Piala VALE 2024
5. Kempen Pengumpulan E-Waste
6. Pelancaran Kempen ‘’NO SINGLE USE PLASTIC’’
7. Pameran Alam Sekitar Sempena Majlis Sambutan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030
8. Kempen Derma Darah
9. Cabutan Bertuah Pengunjung
10. Pameran Booth-Booth dari pelbagai Agensi
Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama Rakan-Rakan Strategik dan pelbagai agensi yang tulus ikhlas bersama menjayakan program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024.
Penganjuran program-program seperti ini dilaksanakan untuk memberikan kesedaran serta memupuk rasa kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar. JAS menyeru semua anggota masyarakat untuk sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar yang kita sayangi ini.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_oktober2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari