Penerangan
17 Oktober 2024, Ipoh- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Seminar Pematuhan dan Pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang telah berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak.
Program seminar ini telah dirasmikan oleh Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh. Penceramah jemputan adalah terdiri daripada En. Muhammad Ridzuan Bin Mohd Alias, Pegawai Kawalan Kanan, En. S. Pravin Segaran A/L Segaran, Pegawai Kawalan Kanan, En Mohammad Izwan Bin Mohammad Aminuddin, Pegawai Kawalan dan En. Harmanisham Bin Ishak, Penolong Pegawai Kawalan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Seminar ini dijalankan sebagai satu langkah pendedahan kepada pihak industri secara fasilitatif terhadap pematuhan perundangan yang lebih baik. Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan lesen bagi Kilang Kelapa Sawit(KKS).
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_oktober2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari