Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA MENJAYAKAN PAMERAN SEMPENA BULAN KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR HONDA MALAYSIA SDN BHD
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- HONDA MALAYSIA SDN BHD
- Lokasi
- HONDA MALAYSIA SDN BHD
Penerangan
8 NOVEMBER 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar bertempat di Honda Malaysia Sdn Bhd pada 4hb November 2024.
Pameran berkaitan kesedaran alam sekitar menekankan peri pentingnya terhadap larangan pembakaran terbuka dan pengurusan buangan terjadual elektrik & elektronik (e-waste). Dalam pada itu, semua yang hadir juga berpeluang untuk mendaftarkan diri menjadi ahli rakan alam sekitar (RAS) semasa program berlangsung. Hebahan poster larangan pembakaran terbuka juga turut diserahkan kepada pihak premis untuk sebaran.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama