Penerangan
28 SEPT., WP KUALA LUMPUR– Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar iaitu Gas District Cooling (Putrajaya) Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Ozone Hunt- The Green Expedition di Kawasan Perkelahan Sungai Kroh, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL. Turut hadir sama adalah Encik Azharudin bin Ismail, Head Commercial , GDC dan Tuan Haji Dzulfikri bin Mohd Duri, Ketua Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSSE), GDC.
Seramai 100 orang jemputan yang terdiri daripada kakitangan GDC (Putrajaya) dan Pegawai-pegawai daripada JASWPKL telah hadir dan menyertai program ini.
JASWPKL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak GDC (Putrajaya) dan semua yang terlibat dalam kerjasama menjayakan program sempena sambutan Ozon Sedunia 2024.