Penerangan
GELANG PATAH, 5 November 2024 - Pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai sesi taklimat anjuran Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan (JLMWS) berkenaan peranan agensi yang terlibat dalam menangani insiden tumpahan minyak dan mengenali fungsi peralatan yang terlibat dalam tumpahan minyak. Taklimat ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan terlibat iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan beberapa Pejabat Laut kawasan-kawasan lain. Selain itu, program ini turut disertai oleh syarikat penyedia perkhidmatan melawan tumpahan minyak di sekitar Pengerang.