Penerangan
JOHOR BAHRU, 3 November 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pengurusan Kumbahan Negeri Johor yang turut dihadiri oleh wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Indah Water Konsortium.
Mesyuarat ini merupakan salah satu platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan kumbahan di Negeri Johor. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembentangan pematuhan loji kumbahan oleh ketiga-tiga pihak iaitu JAS, SPAN dan IWK.
Seterusnya, mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi memastikan pematuhan loji kumbahan terhadap Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.