PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS,— Sesi Libat Urus

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR

nasir.ibrahim 07/11/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
ISKANDAR PUTERI

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Negeri Johor di SIREH Park, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim pada 2 November 2024. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor sebagai wakil rasmi Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Tema Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini adalah “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”. Turut hadir sama Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Nasir, Pegawai Daerah Johor Bharu, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Yang Berusaha Tuan Mohd Aeddy bin Sulaiman, wakil rasmi Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Yang Berusaha Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik telah diadakan pada Majlis Perasmian Sambutan HASN 2024 Peringkat Negeri Johor seperti Eco-Trail Fun Walk, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bertemakan Hindari Pembakaran Terbuka, Program Pengumpulan e-Waste dan Barang Kitar Semula, Pameran Alam Sekitar, Program Penanaman Pokok dan Pelepasan Anak Ikan. Pelbagai aktiviti ‘Road to HASN’ telah diadakan bermula Ogos 2024 dengan kerjasama pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar antaranya Kempen Derma Darah, Program Pembersihan Pantai, Dekorasi Kek dan Pemuliharaan Rumput Laut serta Jelajah Jangan Bakor Ek peringkat komuniti yang diadakan di beberapa daerah sekitar Negeri Johor seperti Muar, Pontian dan Kota Tinggi. Pihak JAS Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Agensi Kerajaan, Rakan Strategik Alam Sekitar, sektor swasta mahupun institusi pendidikan dalam menjayakan penganjuran sambutan HASN 2024 Peringkat Negeri Johor. Aktiviti dan kempen yang diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sekaligus memupuk rasa kecintaan masyarakat terhadap alam sekitar. Diharapkan sambutan dan usaha ini dapat menggalakkan semua pihak khususnya warga Johor berganding bahu dalam usaha melestarikan alam sekitar.