Penerangan
IPOH, 10 Oktober 2024 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Tuan Muhammad Zaki Bin Abdul Kudos, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak. Sesi kunjungan hormat diketuai oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh dan diiringi bersama pegawai-pegawai dari Unit Mahkamah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Pelbagai isu dibincangkan antaranya adalah pemakluman terhadap pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, jaringan kerjasama bagi pemantapan pegawai pendakwa dan pegawai penyiasat, isu-isu melibatkan pendakwaan dan sebagainya.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa komited untuk meningkatkan hubungan kerjasama bersama agensi lain bagi meningkatkan penyampaian terhadap hasrat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.