PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

MAJLIS PERASMIAN TERRA MINERAL LAB (TML) DAN PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN MINERAL

maizah 03/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN TERRA MINERAL LAB (TML) DAN PUSAT KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN MINERAL
Tahun
2024
Organisasi
Terra Mineral Lab (TML)
Lokasi
GOPENG

Penerangan

3 OKTOBER 2024, GOPENG - YBhg. Dato’ Dr. Ts. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menghadiri Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) Dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral (CoE) yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Bin Mohamad. TML bukan sahaja berfungsi sebagai makmal analisis komersial yang pertama seumpamanya di Malaysia, tetapi juga dilengkapi dengan teknologi terkini. TML dilengkapi dengan peralatan saintifik berteknologi tinggi, termasuk Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS), Wavelength Dispersive X-Ray Fluorescence (WDXRF), dan Micro X-Ray Fluorescence (Micro-XRF). Kemudahan canggih ini membolehkan analisis mineral yang dilakukan dengan tepat dan menyeluruh, sekaligus meletakkan Perak sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan mineral. Penubuhan TML merupakan langkah strategik yang sejajar dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Perak sebagai peneraju industri mineral negara, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan berkualiti tinggi. Dengan adanya kemudahan dan kepakaran yang disediakan di TML, Perak kini berada pada kedudukan yang strategik untuk memajukan industri mineral negara dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat negeri ini. Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Halizah binti Sipun; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_oktober2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan