Penerangan
30 OKTOBER 2024, JOHOR BAHRU- Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis jenis kuari di kawasan Ulu Choh, Pontian diatas aduan habuk yang diterima.
Aktiviti kuari didapati tidak dilengkapkan dengan alat 'Water Sprinkler' bagi mengurangkan habuk terhasil daripada aktiviti tersebut. Premis juga didapati tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Seksyen 49A yang terkandung di dalam AKAS 1974.
Tindakan penguatkuasaan Arahan Lapangan dan Kompaun akan diberikan kepada premis ini. Premis juga diberi penerangan penggunaan Sistem eSWIS.
Amaran tegas diingatkan kepada pihak industri, JAS Negeri Johor akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan pihak industri mematuhi AKAS 1974 & Peraturan-peraturan dibawahnya.