Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai Program Pemuliharaan Rumput Laut yang dianjurkan oleh Dialog Terminals Langsat (1) Sdn Bhd dengan kerjasama Reef Check Malaysia di kawasan Tanjung Kopok, Pasir Gudang. Program ini diadakan bersempena dengan Road To Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024.
Program ini telah disertai oleh 20 orang peserta. Turut hadir Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Melalui program ini, peserta dapat mengenalpasti spesies rumput laut dan rumpai laut. Rumput laut memainkan peranan penting dalam ekosistem laut, menyediakan habitat untuk pelbagai spesies, menyaring air, dan menyimpan karbon.
JAS Negeri Johor sangat menghargai dan mengalu-alukan usaha pihak syarikat dan agensi dalam mempromosikan dan menjalankan aktiviti kesedaran alam sekitar.