Penerangan
30 Oktober 2024 (Rabu)
Mesyuarat EIATRC ini telah dihadiri secara online oleh seramai 19 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, Teco Plastic Recycling Sdn. Bhd. dan pihak jururunding EIA, KESPRO Consultants Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pembinaan loji kitar semula sisa pepejal (plastik), di sebahagian tanah CL.015022376, Telipok, Tuaran, Sabah.