Penerangan
23 Sept 2024, WP Putrajaya – Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur (JASWPKL) telah dijemput mengadakan pameran kesedaran alam sekitar sempena program Hari Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan yang dianjurkan oleh JX Nippon Oil & Energy Malaysia.
Fokus utama pameran ini adalah untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar kepada pemain-pemain industri di bawah JX Nippon Oil & Energy Malaysia.
Di samping itu, turut disampaikan pendedahan berkaitan pengurusan e-waste, fungsi dan tugas-tugas JAS dan menggalakkan pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) bagi menjadi mata dan telinga Jabatan untuk menyalurkan aduan dan isu-isu pencemaran serta seterusnya menjadi agen pembudayaan gaya hidup lestari di tempat masing-masing.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL
#alamsekitartanggungjawabbersama
#HariOzon2024