PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara · Hari Ozon Sedunia

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA DAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

JAS SELANGOR 30/10/2024 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA DAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2024
Organisasi
JAS SELANGOR

Penerangan

30 Oktober 2024, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara 2024 bertempat di Kolej Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Aziah Binti Jaafar, Pengarah, JAS Negeri Selangor. Seramai 350 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Negeri Selangor, rakan-rakan strategik alam sekitar, penerima anugerah Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), pemenang Pertandingan Jingle, pemenang Pertandingan Pengumpulan E-Waste, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar ADTEC telah memeriahkan majlis sambutan ini. Majlis diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik, Ceramah Kesedaran Kepentingan Perlindungan Lapisan Ozon oleh Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Ibu pejabat, Kuiz Perlindungan Lapisan Ozon dan Kesedaran Alam Sekitar, tayangan montaj dan pameran oleh agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta. Usaha kolaboratif dan kebersamaan semua pihak a