Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG
Penerangan
26 Oktober 2024, Sepang – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang dengan kerjasama Syarikat T-POT Elektrik dan Elektronik Sdn. Bhd. dan Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi telah mengadakan program pengumpulan e-waste bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024.
Program ini bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula e-waste secara mesra alam di kalangan masyarakat dan memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan e-waste yang betul dan selamat sepertimana keperluan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Program ini turut dihadiri oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu YBhg. Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Al-Bakri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang turut menyampaikan taklimat berkenaan kepentingan pengurusan e-waste.
Program ini telah mendapat maklumbalas yang amat positif oleh masyarakat dan berharap agar program seumpama ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang. Semoga usaha ini dapat terus menarik perhatian orang awam untuk lebih cakna akan kepentingan untuk menguruskan e-waste secara mesra alam dan betul demi alam sekitar yang lestari.