PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan

RONDAAN DARAT DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)

shayuti 30/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT DAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN LAIN-LAIN PUNCA PENCEMARAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)
Tahun
2024

Penerangan

W.P. LABUAN, 14 September 2024 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Rondaan Darat Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan Perindustrian Pulau Enoe, Kawasan Perindustrian ASB 36 ekar, Kawasan Industri Kecil Jalan Rancha-Rancha Lama, Kawasan pesisir pantai, Kawasan Perumahan, dan Kawasan perkampungan sekitar Labuan. Hasil pemantauan melalui rondaan OMPT mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan semasa rondaan. Pemantauan di kawasan industri di sekitar WPL dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut. Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai dan paya bakau bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemar

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan