Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG KE ATAS PREMIS YANG DITETAPKAN KILANG KELAPA SAWIT
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- BAHAGIAN OPERASI JAS PULAU PINANG
- Lokasi
- NIBONG TEBAL,PULAU PINANG
Penerangan
14 Oktober 2024, NIBONG TEBAL – Pemeriksaan dan percontohan efluen ke atas sebuah kilang kelapa sawit telah dijalankan oleh pegawai JAS Negeri Pulau Pinang bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat-syarat Jadual Pematuhan yang dikeluarkan dipatuhi sepenuhnya.
Pemeriksaan ke atas pelepasan asap hitam cerobong dandang turut dijalankan bagi memastikan pelepasan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
JAS Pulau Pinang mengingatkan kepada semua kilang kelapa sawit untuk sentiasa peka dan komited dalam memastikan semua syarat lesen dipatuhi tanpa gagal.