PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR BIL.10 OKTOBER 2024 JAS PULAU PINANG

kaswadi 30/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR BIL.10 OKTOBER 2024 JAS PULAU PINANG
Tahun
2024
Organisasi
JAS PULAU PINANG (BAHAGIAN OPERASI)
Lokasi
KAWASAN PERINDUSTRIAN

Penerangan

KEPALA BATAS, 21 OKTOBER 2024- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.10/2024 pada 14 hingga 16 Oktober 2024 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industri, Premis Yang Ditetapkan(PYDT) dan Loji Pengolahan Kumbahan. Dalam operasi ini seramai lapan pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 21 orang terlibat secara langsung. Agensi yang turut serta secara berasingan adalah Indah Water Konsortium. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 19 premis. Sebanyak 19 Arahan Lapangan , tujuh (7) Notis Arahan telah dikeluarkan, 11 kertas siasatan syor kompaun dibuka ke atas premis yang melibatkan kesalahan di bawah peraturan khususnya melibatkan buangan terjadual dan efluen perindustrian. Ops Gempur Oktober 2024 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan