Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU DAN PENGUATKUASAAN KE ATAS PREMIS DI KAWASAN IKS BUKIT TENGAH
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS PULAU PINANG (UNIT PYBDT - SPT 1)
- Lokasi
- IKS Bukit Tengah , Seberang Perai Tengah.
Penerangan
29 OKTOBER 2024 - Penguatkuasaan dan Operasi Bersepadu bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Indah Water Konsortium (IWK) ke atas premis telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPT1 JAS Negeri Pulau Pinang pada 29 Oktober 2024 di kawasan IKS Bukit Tengah , Seberang Perai Tengah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan untuk mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya