Oleh kaswadi · 30/10/2024 · 0 paparan
26 OKTOBER 2024, BATU KAWAN : Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Ecoworld Gallery @Eco Horizon di Bandar Cassia, Batu Kawan. Majlis ini adalah anjuran JAS Pulau Pinang dengan kerjasama Eco Horizon Sdn. Bhd. dan Pejabat SUK Pulau Pinang. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Sundarajoo Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang yang turut merasmikan majlis ini. Kehadiran tetamu jemputan yang merupakan rakan strategik JAS Pulau Pinang telah disambut mesra oleh Encik Norazizi bin Adinan, Pengarah JAS Pulau Pinang dan Dato’ Chan Soo How, Divisonal General Manager Eco Horizon. Tetamu kehormat telah memulakan majlis dengan acara penanaman pokok sebagai simbolik kepada usaha kelestarian alam sekitar. Majlis sambutan ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej tentang pemeliharaan alam sekitar kepada masyarakat disamping menghargai kerjasama dari semua pihak samada dari agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta mahupun institusi pendidikan yang telah bersama-sama dengan JAS Pulau Pinang dalam menganjurkan pelbagai program kesedaran alam sekitar sepanjang tahun 2024. Sebanyak 33 agensi kerajaan dan swasta telah menerima penghargaan dalam majlis ini. KD Sri Pinang PSS TLDM dan MSM Prai Berhad turut menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik Paling Aktif 2024 pada majlis ini. Pelbagai aktiviti alam sekitar turut diadakan iaitu Fun Walk, Envirogames, Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak, Kuiz Alam Sekitar dan Pameran Agensi dari MBSP, Jabatan Perhutanan dan UiTMCPP Kampus Bertam. Pemenang- pemenang Pertandingan Sajak Secara Maya Sekolah Rendah, Pertandingan Doodle Art Alam Sekitar dan Pertandingan Ewaste Collection Lestari turut disampaikan dalam majlis yang sama. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan boria, sajak dan nyanyian lagu dari SK Jawi. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang turut merakamkam ucapan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang menjayakan majlis sambutan ini iaitu Eco Horizon Sdn. Bhd., Pejabat SUK Pulau Pinang, Inari Technology Sdn. Bhd., Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara, KD Sri Pinang PSS TLDM, Persada Mentari Sdn. Bhd., IJM Construction Sdn. Bhd., Cycle Trend Industries Sdn. Bhd., Century Surf Sdn. Bhd., MSM Prai Berhad, MM Century Sdn. Bhd., Sun Power Industries Sdn. Bhd., CAB Cakaran Sdn. Bhd. dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup