PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) BERSAMA MEGAH PORT MANAGEMENT SDN BHD (MPM) DAN PROGRAM KONTIGENSI TUMPAHAN MINYAK SEMPENA HARI OZON 2024

JAS WP LABUAN 27/08/2024 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL) BERSAMA MEGAH PORT MANAGEMENT SDN BHD (MPM) DAN PROGRAM KONTIGENSI TUMPAHAN MINYAK SEMPENA HARI OZON 2024
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN & MEGAH PORT MANAGEMENT SDN BHD

Penerangan

27 Ogos 2024, WP Labuan - JASWPL telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MPM yang diadakan secara ringkas di MPM, W. P. Labuan pada 27 Ogos 2024. YB Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan telah menyaksikan upacara tandatangan MoU oleh Mejar Bersekutu (PA) Zulfadzli Zakaria, B.C.K, Pengarah JASWPL dan Datuk Sri Patrick Tiong, Ketua Pegawai Operasi MPM. MoU ini adalah bertujuan untuk menjalin kerjasama antara 2 pihak dalam menangani insiden tumpahan minyak di laut dan pantai selain melaksanakan Program Kesedaran Alam Sekitar untuk komuniti sekitar. Selain itu turut diadakan Program Kontigensi Tumpahan Minyak (PKTM) sempena Hari Ozon Sedunia 2024 di tempat yang sama. PKTM ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pemegang taruh dan orang awam tentang kemudahan dan prasarana yang ada serta kesiapsiagaan bagi menghadapi apa jua bentuk insiden tumpahan minyak yang boleh memberi kesan terhadap hidupan marin dan juga alam sekitar khususnya di W. P. Labuan. Program diteruskan dengan sesi ceramah oleh JASWPL, JBPM, JKN & Jabatan Laut berkaitan dengan pelan kontingensi tumpahan minyak, langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menghadapi tumpahan minyak dan pengurusan tumpahan minyak di laut dan juga pantai. Selain itu, acara pameran disertai oleh beberapa agensi berkaitan.