Penerangan
21 Ogos 2024, W.P. LABUAN - JASWPL telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di JASWPL.
Sesi pengenalan antara pengurusan tertinggi dari pihak PETRONAS dengan pihak pengurusan JASWPL.
Kunjungan ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pindaan AKAS 1974 yang terkini dan aktiviti perindustrian oleh pihak PETRONAS dan juga kolaborasi untuk penganjuran beberapa program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya melibatkan orang awam.
Adalah diharapkan agar kunjungan dan perbincangan berkaitan bermanfaat dalam memastikan kelestarian alam sekitar di W.P. Labuan kekal terpelihara.