Penerangan
18 Julai 2024, Pejabat JASWPL - JASWPL telah menerima kunjungan rasmi daripada SMK Pantai, WPL bersama empat pelajar dan dua guru pengiring di pejabat JASWPL.
Kunjungan ini bertujuan untuk membuat video Mini Documentary Bahasa Inggeris Sempena Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris, Wilayah Persekutuan Labuan 2024. Temuramah dan penggambaran ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan dan penglibatan pihak JAS dalam kelestarian alam sekitar di Wilayah Persekutuan Labuan.
Temuramah ini bersama Tuan Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC., CePEOEIA,Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan beliau juga menjelaskan tentang peranan JASWPL dan cabaran dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
JASWPL merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak SMK Pantai, WPL di atas kunjungan yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.