Oleh shayuti · 24/10/2024 · 0 paparan
28 SEPTEMBER 2024, W.P. Labuan - Seminar berkaitan Pengurusan Lestari Buangan Terjadual dan Cabaran Dalam Pengurusan Refrigeran Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024 telah diadakan di Palm Beach Resort & Spa W.P. Labuan pada 28 September 2024 anjuran Kelab Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (KASLAW) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Seminar telah dirasmikan oleh Encik Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada individu dan pemain industri telah menyertai seminar ini. Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada individu dan pemain industri untuk meningkatkan kefahaman mengenai keperluan dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, (AKAS) 1974. JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan seminar ini dan diharapkan ianya dapat memberi input yang bermanfaat khususnya kepada individu dan pemain industri untuk memastikan pematuhan terhadap AKAS, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya pada sepanjang masa.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup