W.P. LABUAN, 29 Jun 2024 (Sabtu)- Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Rondaan Darat Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT), memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan jeti, kawasan pelabuhan kapal-kapal nelayan, Kawasan Industri berat, kawasan perkampungan atas air, Kawasan Industri Kecil Sederhana, Kawasan pesisir pantai, Kawasan Perumahan, dan Kawasan perkampungan.
Hasil pemantauan melalui rondaan OMPT mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Pemantauan di kawasan industri di sekitar WPL dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemaran. Hasil rondaan mendapati tiada kesan pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan.
Orang ramai juga adalah diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.