PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Pengawasan

RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)

JAS WP LABUAN 09/06/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL)
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

W.P. LABUAN, 9 Jun 2024 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) menjalankan Rondaan Darat dan, memantau punca-punca pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Rondaan dilaksanakan di kawasan industri rancha-rancha, industri patau-patau, industri kecil dan sederhana, kawasan kampung, pelabuhan, alur air, longkang awam, laut dan juga kawasan hotspot bagi aktiviti pembakaran terbuka dan lain-lain pencemaran di WPL. Hasil pemantauan melalui rondaan darat bagi OMPT mendapati 1 lokaliti terlibat dengan aktiviti pembakaran terbuka melalui aduan orang awam. Pemantauan di beberapa kawasan industri di sekitar WPL turut dilakukan pada hujung minggu bagi mengesan potensi berlakunya pencemaran. Hasil dari rondaan dan pemantauan ini tiada kes-kes pencemaran atau aktiviti mencurigakan dikesan di kawasan tersebut. Rondaan juga diteruskan ke kawasan pantai bagi mengesan jika terdapat kehadiran kesan-kesan pencemaran seperti Tar Ball, Oil Sheen dan lain-lain pencemaran. Hasil rondaan mendapati tiada kesan pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan. Orang ramai juga adalah diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan denda RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan