PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

JAS WP LABUAN 20/06/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN KE ATAS PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

Wilayah Persekutuan Labuan, 20 Jun 2024 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan penguatkuasaan ke atas 2 projek EIA yang telah diluluskan bagi cadangan projek pengerukan pasir laut dari Tanjung Aru, Labuan ke Menumbok, Sabah di Perairan Labuan dan projek pembinaan jeti di Asian Supply Base, Rancha-Rancha, WP Labuan. Antara perkara yang diperiksa adalah pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS),1974. Tindakan Field Citation (FC) di lapangan dikeluarkan kepada operator dan penggerak projek bagi memastikan pematuhan terhadap akta dan peraturan yang berkaitan. JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan AKAS, 1974 pada sepanjang masa. Sebarang aduan awam mengenai kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan