Penerangan
24 Jun 2024, Pejabat JASWPL - JASWPL telah menerima kunjungan rasmi daripada SK Patau-Patau, WPL bersama seorang pelajar dan dua guru pengiring di pejabat JASWPL.
Kunjungan ini bertujuan untuk membuat video Pendidikan Alam Sekitar dan Pertandingan Video Kreatif TVPSS, Wilayah Persekutuan Labuan 2024. Temuramah dan penggambaran ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencemaran udara di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pegawai JASWPL juga menjelaskan tentang denda dan kompaun yang akan dikenakan sekiranya seseorang itu melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan pencemaran udara.
JASWPL merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak SK Patau-Patau, WPL di atas kunjungan yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.