PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

SIASATAN ADUAN AWAM MENGENAI PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)

JAS WP LABUAN 09/06/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN AWAM MENGENAI PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
Tahun
2024
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

9 Jun 2024, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan kes aduan pembakaran terbuka yang berlaku pada petang tadi. Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPL menjumpai dua longgokan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan kampung lajau, W.P. Labuan. Tindakan sewajarnya telah diambil oleh pegawai JASWPL. Adalah diingatkan bahawa melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau Kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00. JASWPL sentiasa komited melakukan pemantauan berterusan melalui rondaan Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS, 1974 pada sepanjang masa. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui dua saluran berikut: Talian Bebas 087-408772; Talian Hotline 010-2708772 Portal Aduan https://[email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan