Penerangan
12 Jun 2024, Pejabat JASWPL - JASWPL telah menerima kunjungan rasmi daripada SM St. Anne, WPL bersama 4 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring di Pejabat JASWPL.
Kunjungan ini bertujuan untuk membuat video pembentangan bagi program Toyota Eco Youth (TEY) Wilayah Persekutuan Labuan 2024. Temuramah dan penggambaran ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai Isu Alam Sekitar & E- Waste.
Pegawai JASWPL juga menjelaskan tentang denda dan kompaun yang akan dikenakan sekiranya seseorang itu melakukan pembuangan dan pelupusan E-Waste secara haram.
JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SM St. Anne, WPL di atas kunjungan yang sangat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.