Penerangan
27 Jun 2024, WP Labuan - JASWPL dijemput untuk mengadakan pameran E-Waste di Program Outreach Jelajah Madani Labuan Tahun 2024 Sempena Jubli Delima 40 Tahun Institut Latihan Perindustrian (ILP) Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain pameran, JASWPL juga turut peluang menyediakan kemudahan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada peserta program.
JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada lLP,WPL dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.