Bukit Kalam, WP Labuan, 19 Jun 2024 - Penguatkuasa JAS Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan penguatkuasaan ke atas projek EIA yang telah diluluskan bagi cadangan projek pembangunan tapak pelupusan sampah, Bukit Kalam, WP Labuan.
Penggunaan pesawat tanpa pemandu (drone) telah digunakan semasa pemeriksaan tersebut. Antara perkara yang diperiksa adalah pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan EIA dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
Field Citation (FC) dikeluarkan di lapangan dan tindakan susulan dengan mengeluarkan Notis Arahan kepada kontraktor projek berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang berkaitan.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek dan premis agar sentiasa mematuhi AKAS, 1974 pada sepanjang masa.
Sebarang aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].