Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM ISLAND CLEANING EXPLORACE (ICE) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (WPL), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN (UMSKAL), PERBADANAN LABUAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PL) & JABATAN BELIA DAN SUKAN (JBS) SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2024 DI PANTAI UMSKAL, WP. LABUAN
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- UMS LABUAN & JAS WP LABUAN
- Lokasi
- UMS LABUAN
Penerangan
23 Jun 2024, WP Labuan - Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 dengan bertemakan “Land Restoration, Desertification & Drought Resilience", Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah dijemput untuk berkolaborasi bersama UMSKAL, PL, JBS WP Labuan untuk mengadakan program Island Cleaning Explorace (ICE) bagi tahun 2024.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif program iaitu melindungi kehidupan marin dan memastikan pantai berkaitan kekal indah selain melibatkan Rakan Alam Sekitar (RAS) secara langsung dalam aktiviti pemuliharaan alam.
JASWPL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas program yang amat bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar.