PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat,— Program Pengawasan

MESYUARAT PENYELARASAN DAN HALA TUJU PASCA KAJIAN TOTAL MAXIMUM DAILY LOAD (TMDL) BAGI SUNGAI PERAI BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

azehan 29/10/2024 7 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN DAN HALA TUJU PASCA KAJIAN TOTAL MAXIMUM DAILY LOAD (TMDL) BAGI SUNGAI PERAI BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN
Tahun
2024
Organisasi
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah

Penerangan

Mesyuarat Penyelarasan dan Hala Tuju Pasca Kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) bagi Sungai Perai bersama Pihak Berkepentingan telah diadakan pada 26 September 2024 bertempat di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar (JAS). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Pulau Pinang dan Kedah serta pihak berkepentingan iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Badan Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kulim, Wiranda (M) Sdn Bhd serta tenaga pakar dalam bidang TMDL iaitu Dr. Abdul Rani bin Abdullah dan Profesor Madya Dr. Sarah Aziz binti Abdul Ghani Aziz. Kajian Pembangunan Total Maximum Daily Load (TMDL) bagi Sungai Perai telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dari tahun 2022 dan telah selesai disiapkan pada tahun 2023. Kajian ini telah dilaksanakan dengan melibatkan kerjasama pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan dan juga melibatkan kerjasama utama antara dua Kerajaan Negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang mengambil maklum bahawa Lembangan Sungai Perai merentasi dua buah negeri tersebut. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju pasca Kajian Pembangunan TMDL bagi Sungai Perai supaya hasil kajian ini dapat diadaptasi, dimanfaatkan dan diterima pakai untuk memastikan kelestarian pengurusan sumber air negara terjamin termasuk memberi impak yang besar dari segi kualiti air sungai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan