Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024 DENGAN TEMA ‘’MONTREAL PROTOCOL : ADVANCING CLIMATE ACTION’’

Oleh nursyadah · 28/10/2024 · 3 paparan

26 Oktoberber 2024, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengadakan Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2024 Dan Penangguhan Operasi Bersepadu Kenderaan Bermotor 2024 di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan yang turut merupakan R&R Lestari yang pertama dibina di Malaysia. Program ini dianjurkan bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2024 dimana Sambutan Hari Ozon ini disambut seluruh dunia pada 16 September setiap tahun dan tema pada tahun ini adalah ‘‘Montreal Protocol: Advancing Climate Action”. Seramai lebih daripada 300 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasa yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (PDRM) , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengamal media dan pengunjung Lebuhraya telah turut serta dalam Sambutan Hari Ozon ini. Majlis ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi meraikan sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024, antaranya adalah ujian asap kenderaan diesel tanpa kompoun oleh pihak JAS N.Sembilan, Pameran Alam Sekitar oleh JAS N.Sembilan, Pameran Bertemakan Kepentingan lapisan Ozon Dari pelajar Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Seremban Tiga Dan Pemberian Sijil Penghargaan kepada Agensi Penguatkuasa yang telah membantu JAS melakukan OPS Bersepadu sepanjang tahun 2024. JAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sambutan Hari Ozon Sedunia ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabkitabersama

Penganjur
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Fail / Media (3)
  • 20242810164352627.jpeg .jpeg Buka
  • 20242810164400049.jpeg .jpeg Buka
  • 20242810164406544.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS