Penerangan
17 September 2024, Langkawi - Sesi kunjung kerja daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) Langkawi , Puan Shamshina Binti Mohammed Said telah diadakan pada 17 September 2024 di pejabat RTM. Pegawai JAS terdiri daripada Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah dan pegawai-pegawai JAS Kedah.
Pasa sesi ini turut diadakan perbincangan akhir gerak kerja berkaitan sebahagian pengisian penganjuran Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 19 - 21 Oktober 2024 di Langkawi, Kedah. Pelbagai aktiviti akan diadakan semasa sambutan HASN ini bagi menggalakkan orang awam membudayakan gaya hidup lestari.