Penerangan
18 Oktober 2024, Jumaat - Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024 yang diadakan di Pulau Langkawi, Jabatan Alam Sekitar telah dijemput oleh Kedah Cement Sdn. Bhd untuk projek menanam pokok yang diadakan di kawasan Kedah Cement Sdn. Bhd. pada 18/10/2024.
Sebanyak lebih kurang 80 pokok Merawan Siput Jantan telah ditanam pada hari tersebut. Program ini adalah inisiatif Kedah Cement Sdn Bhd dengan kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang telah menyumbang sebanyak 700 pokok kepada Kedah Cement Sdn. Bhd dimana pokok-pokok ini akan ditanam secara berfasa.
Program murni ini telah menunjukan komitmen dan dedikasi kita semua terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat amnya serta untuk generasi yang akan datang. Usaha kita dalam kelestarian alam sekitar bukanlah tugas sehari, tetapi tanggungjawab bersama yang perlu diteruskan selari dengan tema Hari Alam Sekitar tahun ini Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.