PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Video

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH SEMASA CUTI MINGGUAN 25 Oktober 2024 - Daerah Kubang Pasu, Yan dan Pendang, Kedah. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah giat menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah khususnya Kawasan Perindustrian Bandar Baru Darulaman , Kawasan Loji dan Muka Sauk serta kawasan-kawasan di daerah Yan dan Pendang semasa cuti mingguan. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Beberapa kawasan industri dipantau aktiviti pelepasan industri ketika musim hujan bagi mengelakkan pelepasan secara haram.

najmi 29/10/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk

Tahun
2024
Bahasa
MY

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan